kalau nak cerita tentang duit ni memang boleh buat buku berjilid-jilid.. bermula dari sejarahnye, jenis, rekabentuk setiap duit dan maksudnya yang tersirat selain cara mendapatkan, menyimpan, melabur, apa-apa lagilah yang sewaktu dengannya. (ayat perlu skema, bahasa menunjukkan bangsa!! heh~)
Serba sedikit sejarah duit di malaysia (amik yang penting je.. :-p) :
|
Duit Syiling Mudzaffar Shah |
Duit Syiling terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali mempunyai rekabentuk Islam adalah duit timah Sultan Mudzaffar Shah dari Melaka
( 1445 ). Sultan Mudzaffar Shah sultan Melaka yang keempat telah memperkenalkan duit syiling terawal yang berunsurkan Islam di Semenanjung Tanah Melayu.
apa lagi nk cerita eak??
urm~~~pikir jap.. ( tempoh= 1 minit 32 saat)
................. ....... .... .. .
haaa dh ad idea... heheh
aku nak story tentang history aku pasal duit nie.. (knape tbe2 tkar bhase sms lak nie? ah lantak le) heh
dlu mase kecik2, aku ada tabung.. nama tabung tu 'elephant' sebab ianya berbentuk gajah, tapi dah takde laa, dah pecah huhu... tugas elephant ni menyimpan duit syiling yang ayah n ibu bagi. ingat lagi~~ mase tu setiap hari ayah akan bagi duit syiling setiap kali balik keje... bile dengar je bunyi motor ayah balik keje... "yeyeah ayah dah balik~~ nak duit!" tu je yang aku taw time tu.. heheh.
bila masuk sekolah rendah n elephant dah pecah.. ayah ada bukakkan akaun tabung haji.. (kumpul dr kecik.. dah besar senang).. pastu ada dapat 1 tabung berbentuk bangunan tabung haji.. setiap 3 atau 4 bulan mesti penuh tabung tu (duit dalam tabung ni xleh amik ibu kata, simpan dalam bank) dan ada lagi satu tabung spare bsn bg, berbentuk kancil warna pink! haha~~ tabung nilah yang x pernah nak penuh.. heheh sebab baru je nak penuh dah keluarkan beli gulilah, layang-layanglah, jajan-jajan.. (biasalah budak2 kan)
ketika sekolah rendah juga aku dah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan... nak taw ape??
tolong atok jual sayur kat pasar pagi setiap ahad.. best tu dapat duit lebih, walaupun sekali tolong dpt 2 3 ringgit je, tp nilai mase tu sgt berharga.. bayangkan atok jual semua jenis pisang sesisir seringgit je mase tu, limau, lada, nangka muda satu pinggan makan pun seringgit je taw.... murah kan.. sayur-sayur satu cekak 50 sen.. (memang murah sebb kebun sendiri) waah.. kalawlah sekarang mcm dlu..
selalu jugak ikut atok g kebun... tp kebun sayur dah xde.. xde sape nak uruskan.. huhu.. buah-buah adelaa.. (x lame lagi musim buah.. x sabar nak masuk kebun amik durian, rambutan, pulasan, duku...)
next~~
mase sekolah menengah dah x berniage... atok dah mule sakit-sakit, uzur.. alhamdulillah masih ada lagi skarang..
tapi mase kat skolah, aku masih terlibat dalam perniagaan ni.. jadi ajk kooperasi sekolah, kejenye susun, kemas barang, jadi juru jual mase rehat.. selalu balik sekolah lambat kene susun barang dulu, kira duit. memang penat dan banyak risiko.. risiko duit ilang, barang ilang aku kena jawab.. pernah juga ada kes duit ilang beratus, aku jd mangse soal jawab.. cikgu percayakan aku.. sebb aku BAIK, JUJUR kot.. heee (aku rase aku memang ada darah daging seorang ahli perniagaan :-p ) mase ni aku belajar uruskan duit dalam satu organisasi dari cikgu khairuddin, pernah ajar aku bm n sejarah.
selepas tamat sekolah menengah, aku teruskan lagi dengan minatku dalam perniagaan iaitu membantu ayah n ibu berniaga apam balik.. sedap taw!! bisnes ni dah start mse aku form 4 lg sbnrnye, tp aku x berpeluang menceburi dgn sepenuhnya mse tu sekadar tlong tgok.. sebab mse tu aku kat teknik, duk asrama.
jd aku secara seriusnya berniaga dgn ibu lepas spm. aku bukak gerai lori setiap petang start pkul 2 lbih hingga magrib, kdang-kdang smpai mlm.. sehari boleh dapat 150-200 kot x tolak modal. duit yg aku dpt setiap ari tu dalam tempoh 3 bulan seblm masuk poli, aku gune untuk amik lesen krete motor... berbaloi la kan.
selain jual apam balik, aku ada keje lain jgk mse tu, jd pembantu kedai runcit part time pagi n malam. bolehlah dpt 30.. duit nie aku gune tuk enjoy je.. hehe.. (gunakan prinsip tabung aji dan tabung kancil td) ada bahagian untuk keperluan, ada bahagian untuk kehendak.. tp memang lepak r klaw keje pagi, kene angkat gas, barang2 berat. kalaw malam kne layan pelanggan, packing2 je.
semakin ari aku semakin pandai menguruskan duit.. (tapi skarang nie mcm dh x reti je nk uruskan duit.. boros!!.. eh bukan.. sebab kos hidup skarang semakin tinggi kot) seminggu paling kurang pun abis 70 ringgit.. termasuk lah duit minyak 20, makan 30, topup 10 dan lain-lain 10.. ok lah tu kan..
duit ni pun aku dapat dari jual apam balik setiap hujung minggu.. (xkan nak harap duit mak bapak je kan da besor2 nie) wat malu je!... lg satu, aku x pinjam ptptn.. leceh r pinjam2 nie.. aku x suke... haaa~~~ tu yg kne cari duit sendiri..
rase macam dah byk sgt je aku merepek nie... hahaha.. x sedar hampir 3 jam jgk aku nk siapkan post nie.. huh!!
k laaa.. penat daa~~
p/s : 9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan!!
*aku berangan-angan akan menubuhkan satu kilang apam balik segera dan restoren apam balik setaraf pizza hut, kfc satu hari nanti.. hahahahah!!! nantikan angan-angan tersebut pada post akan datang!!!! *
kamera rosak laa.. klaw x dah leh ltak gambar byk2.. huhu.. xpe next time leh ltak..