Ahad, 27 Mac 2011

~~malam pertama~~

7 mac 2006, selasa

aku mendaftar sebagai pelajar baru tingkatan 4 di sebuah sekolah teknik bagi panggilan ketiga, jadi tak ramai yang mendaftar. sebaik sahaja mendaftar dan pembayaran yuran, ayah segera pulang kerana ada urusan kerja.


kringg~~.. menandakan sudah tamat waktu persekolahan hari ni. aku lihat jam tangan dah pukul 2.50 ptg. setelah solat zohor dan makan tengah hari, aku bergegas mengambil barang keperluan asrama yang ditinggalkan di depan pejabat asrama dan segera ku bawa ke dorm D7 seperti yang tertera pada nota yang deberikan warden pagi tadi.

dalam perjalanan menaiki tangga ke dorm D7, tiba-tiba seseorang menjerit kepada ku "woi budak!! kau nak pegi mana tu?" aku tak ambil endah. setibanya di tingkat paling atas dimana dorm D7 terletak, tiba-tiba "wei, kan aku panggil kau tadi, kenapa kau buat tak tahu je?" aku terkejut lalu melepaskan beg dan barang yang digenggam. "kau budak baru kan?, buat apa kau naik atas ni?". "pergi dorm D7 lah bang". abang tu terdiam seketika seakan tak tahu nak kata apa-apa. "dorm ni kan dah lama jadi stor, ha kau tengok" sambil menunjuk kearah tulisan "STOR" pada pintu dorm itu.

aku melihatnya dan secara tidak sengaja aku ternampak baju-baju tergantung rapi pada katil yang ditiup angin melalui celahan pintu yang terbuka sedikit. aku terdiam dan terpinga-pinga lalu melihat kembali nota tadi, sebenarnya D1 bukan D7, "mungkin aku terlalu penat agaknya". aku berkata sendirian.

"dah jom ikut aku pergi D1". sambil abang tu tolong mengangkat beg baju aku lalu turun. aku masih terpaku disitu dan masih tertanya-tanya. aku terdengar bunyi muzik yang rancak, mungkin dari radio yang dipasang penghuni dorm itu dan terdengar juga perbualan manusia. aku berasa hairan lalu turun sambil berkata sendirian "betul ke dorm tu dah jadi stor?. tapi tadi tu apa?." aku masih tertanya-tanya.

setibanya aku di D1 aku lihat hampir separuh penghuninya sedang lena dibuai mimpi, ada juga yang berbual-bual dan buat hal sendiri. aku meletakkan barang di tepi tiang dimana beg yang dibawa abang tadi diletakkan. "tu katil kau dan tu loker kau". sambil menuding jari lalu beredar. baru sahaja aku menoleh, dia sudah hilang, tidak sempat aku berkenalan dengannya.


aku mengemas barang-barang sambil berbual dengan beberapa budak dorm tu. aku teringat tentang dorm tadi "betul ke dorm D7 tu dah lama jadi stor?" "aah kenapa", azri budak dorm tu yang baru sahaja aku kenal. aku menceritakan tentang kejadian tadi. "mengarutlah" tiba-tiba aqib mencelah.

11.30malam.

selepas kelas prep malam dan minum malam , aku terus ke dorm untuk mengambil baju sekolah dan menggosok baju dibilik menggosok, 3 orang sahaja yang ada termasuk aku, bilik tu seluas separuh bilik darjah dan terdapat cermin lut sinar yang memisahkan sebuah lagi bilik untuk belajar malam. aku menggosok mengadap bilik belajar itu. jam menunjuk kan sudah pukul 12.15. hanya tinggal aku seorang sahaja kerana sengaja aku menggosok kesemua baju yang perlu untuk dipakai seminggu.

semasa aku menggosok baju terakhir, aku terpandang ada seseorang sedang khusyuk tunduk membaca buku. "rajin nya dia, aku nak jadi macam tulah", aku berkata sendirian. tiba-tiba dia melihat dan merenung aku seakan sedar apa yang aku katakan, " tak mungkin dia dengar " aku berkata dalam hati. setelah selesai menggosok, aku lihat dia masih disitu keseorangan. aku segera menutup lampu. kedua-dua bilik menjadi gelap. "eh, tak kan dua bilik satu suis kot" aku segera on kan suis, tapi hanya bilik menggosok sahaja yang terang, bilik belajar tu gelap dan tiada sesiapa. aku segera lari ke dorm tanpa menutup lampu dalam ketakutan.

dalam kesunyian malam ketika aku hendak melelapkan mata, tiba-tiba datang seorang senior tingkatan 5. "wei, takkanlah dah tidur, dengarlah cerita aku dulu". aku hanya mendiamkan diri sambil duduk diatas katil tingkat bawah, katil atas takde orang. dia mula menceritakan beberapa kisah berkaitan asrama ni yang kebanyakannya seram dan membuat bulu romakan sentiasa meremang."kau tau tak kat dorm yang kau salah pegi tadi tu dulu ada budak mati". "macam mana dia tahu aku salah dorm siang tadi?" aku berkata dalam hati. senior tu sambung lagi "dia mati sebab lemas dalam loker kau taw, ada kawan-kawan dorm dia dengki sebelum balik kampung hari jumaat, diaorang ingat nak kurung kejap je suke-suke, tapi masing-masing lupa lepaskan budak tu, sebab sibuk nak balik kampung cuti raya cina, last-last dia mati lemas dalam loker, abis berulat, bau busuk masa polis datang buat siasatan. aku rasa ada lagi loker tu kat dorm atas, kau nak tengok? haha".. aku mula memikirkan yang bukan-bukan lalu selimut satu badan.

aku cuba tidak mempercayai cerita tersebut, tiba-tiba "eh, mana abang tadi pegi, tak kan dah tido kot" aku lihat keadaan tiba-tiba sunyi sepi, abang tadi menghilang, semua penghuni dah nyenyak tidur kecuali aku. aku cuba menenangkan fikiran aku, selepas membaca beberapa doa, aku terus tertidur.

"auh, sakitnya perut aku!" aku terjaga dari tidur dam melihat jam tangan dah hampir pukul 3.00 pagi. "ni mesti sebab makanan petang tadi ni" aku mengeluh sambil duduk ditepi katil. dengan segera aku ke tandas. semasa hendak ke tandas, aku ternampak sekujur tubuh serba putih berdiri di salah satu penjuru dorm. "ni mesti diorang nak dengki aku ni, tapi tak kan dia diorang tahu aku nak terbangun malam buta camni" aku berkata dalam hati.

ketika di tandas semasa melepaskan hajat, aku terdengar bunyi pancuran air dari bilik mandi sebelah. "takkanlah ada orang nak mandi malam-malam ni". setelah selesai melabur, bunyi air tadi pun berhenti, aku pun pergilah tengok di bilik air tu, namun tiada sesiapa di dalamnya dan lantainya kering. "takde sape pun" dengan nada ketakutan. aku segera lari ke arah katil, "aik, ada lagi dia kat situ" aku semakin ketakutan dan menggeletar. aku cuba mengambil selimut yang mungkin jatuh semasa aku hendak ke tandas tadi, namun tak boleh ditarik seakan ditarik seseorang dari bawah katil. aku merentapnya dan menyebabkan selimut aku koyak serta terdapat kesan darah yang masih basah pada koyakan itu.


aku terus mengigil dan ketakutan tak tahu nak buat apa lalu menarik selimut budak sebelah dan baring dikatilnya bersamanya. aku terus terbayangkan wajah-wajah seram dalam filem yang pernah aku tonton. aku cuba menenangkan perasaan dengan ayat-ayat suci al-quran yang terlintas difikiranku, lalu terus aku tertidur.

keesokan harinya.. jam 6.30pagi..

"wei malam tadi aku nampak kau berlari ketingkat atas sekali, kau buat apa?" zaini rakan sekelasku dan satu dorm aku menegur. "ha?? kan aku tidur kat sini malam tadi"."mana ada, katil kau ni takde orang tau tak malam tadi, kitaorang tak berani nak ikut panggil kau, kitaorang biarkan jelah kau, ingatkan kau tertinggal barang ke apa" azam mencelah. "biar betul, aku tak percayalah" aku berdegil. " subuh tadi kitaorang 1 dorm beranikan diri pergi dorm atas yang dah jadi stor tu cari kau, kau tidur atas tilam berhabuk, busuk, kau tak sedarkan diri bila kitaorang kejut. lepas tu ramai-ramai angkat kau ke katil kau ni"

"astarghfirullah, apa dah jadi dengan aku ni,". aku teringat... siapa yang bercerita dengan ku malam tadi, sekujur tubuh, selimut yang koyak dan.. sape yang tidur dengan aku malam tadi?? "dah dah pegi mandi cepat, dah lambat ni nak sekolah".

.....
....
..
cerita ini adalah rekaan semata-mata.. harap anda terhibur.. (diambil daripada nukilan majalah sekolah yang aku hasilkan semasa form 5) ada perubahan sikit kot~~ heh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan