terjemahannya~~
hidup manira amatlah lahip, (hidup aku sangatlah miskin/hina)
laksana sampah tidak dikutip, (seperti sampah tidak dipeduli)
tiada makna tiada erti, (tidak berguna)
sehingga ada yang mengerti, ( menunggu sehingga ada yang simpati)
manira hanyalah seorang zadah, (aku hanyalah anak luar nikah)
hilangnya bonda tiada ayah, (kehilangan mak, kematian ayah)
yang tinggal hanya rumah yang butut, (yang ada hanyalah rumah yang usang/buruk)
dukuh moyot cuba dituntut, (cuba menuntut tanah peninggalan datuk)
manira cuba mengubah corak, (aku cuba mengubah hidup/nasib)
yang kini makin dikoyak-koyak, (yang semakin merempat,dicaci)
terasa ghobar mengenang nasib, (terasa hiba mengenangkan nasib malang)
cuba melangkah mengubah nasib, (cuba mencari jalan untuk mengubah nasib)
dukuh peninggalan kini ditangan, (tanah peninggalan datuk kini dimiliki)
berazam ingin diusahakan, (bercita-cita nak majukan tanah)
pangkur dan kudi dirancungkan, (cangkul dan sabit diasah, ditajamkan)
dukut yang panjang disirnakan, (lalang yang panjang ditebas,dihapuskan)
penat dan rudu tidak diendah, (tidak kira penat lelah)
demi berbakti kepada tanah, (demi mencari rezeki)
poket manira semakin berisi, (perniagaan semakin maju, makin kaya)
dulunya talang kini beristeri, (dulu bujang, sekarang beristeri)
hidup manira semakin senang, (hidup makin mewah)
teringat akan bonda yang hilang, (teringatkan ibu yang menghilang)
sanggup berkorban apa sahaja, (sanggup berkorban wang harta, masa dan nyawa)
demi mencari bonda tercinta, (sebab nak mencari ibu yang hilang)
berbulan-bulan bonda dicari, (dah lama mencari ibu)
bertahun-tahun telah menanti, (dah lama menanti kepulangan ibu)
manira dan bonda kini bertemu, (aku dan ibu sudah berjumpa)
berjanji bersama setiap waktu, (aku berjanji akan sentiasa bersama ibu)
kasih bersama dicurahkan, (kasih sayang ibu dan anak diberikan)
selagi hayat dikandung badan. (selagi masih hidup)
*kalaw nak taw, nilah gurindam pertama yang aku tulis... hehe... aku tlis mase form 5... cikgu bm yg suruh buat (cikgu aziz) = garang gler cikgu nie (ngan dak clas aq je sporting), maklumlah cikgu disiplin merangkap guru penolong kanan.. setiap pelajar kelas aku wajib buat gurindam mse tu... kate cikgu nak buat buku.. sebb setiap tahun pelajar 5KE1 yg die ajar ade buku sendiri jd kenangan untuk sekolah... akulah designer kulit buku tu.. tp dh last minit buat CD je.. ok lah 2... cover CD masih gune design aq... bangge tol!! teeet =_= *
so.. korang dh taw kan ape maksud MANIRA, kenapa MANIRA????
so.. kurangkan kontroversi, tingkatkan kualiti !!!
so..
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~
~~~make life smile~~~
waa bebakat betoi...:D
BalasPadamhaha... skit je kot
BalasPadam